[10] Cerpen : Semasam Yogurt Semanis Ais krim

Pinggir tasik Taman Putra itu masih lagi lengang dari lautan manusia. Waktu tengah hari begini, mana ada yang mahu bersantai. Apatah lagi bersenam. Panas terik kot. Walaupun banyak pokok-pokok menghijau, tetapi bahang dari cahaya matahari tetap dirasai. Anginnya pun tidak sesejuk di waktu pagi atau petang. Cuma Luth saja yang masih duduk bersandar di sebuah kerusi kayu. Duduk sambil termenung. Termenung sebab baharu lepas bertekak dengan buah hatinya. Luth membuang pandang ke tengah tasik. Dia mengeluh sendiri. Alangkah bagusnya, jika hubungan cinta dia dan Mia juga setenang itu. Ini tidak, perhubungan yang dibina selama beberapa tahun itu seperti pantai. Kerap dipukul ombak. Selalu ada pasang surutnya. Dia mengeluh lagi....