Posts

#8: i plus i

Image
“Kak Mia.” “Ya?” Mia toleh pandang wajah Isma yang tengah ralit membuang pandang ke tengah gelanggang badminton. “Yang pakai t-shirt Adidas Putih tu nampak familiar la muka dia.” Mata Isma masih melekat pada beregu badminton yang tengah ligat beraksi. “Us? Tu kan tukang ambil gambar masa wedding kitaorang hari tu.” Mia mengingatkan Isma. Lantas mulut Isma automatic membentuk huruf o, panjang nahunya. Patut macam pernah nampak. Desis hatinya. “Yang pakai serba hitam macam ninja tu Ilyasa.” Mia senyum kemudian kenyit mata. Penuh maksud. Isma kembung pipi tahan senyum daripada terbit. Wajahnya dikawal daripada menunjukkan sebarang riak. Sekilas pandang pun dia dah tahu itu pengapit Abang Luth. Ni semua gara-gara aktiviti ber-whatApps bersama Kak Mia sebelum ni. Disebabkan dia dok membelek wajah Ilyasa, lelaki itu sampai berjaya tembus ke dalam mimpinya. Mimpi apa jangan ditanyalah. Dia kategorikan sebagai mimpi bisu. Yang dia tahu, dia nampak Ilyasa sedang menunggu...

#7: i plus i

Image
“Eh, eh! Awalnya uda bangun. Siap buatkan sarapan lagi!” Ilyasa yang baru turun daripada bilik, menegur adik perempuannya yang sibuk menghidangkan sarapan di atas meja makan. Teruja melihat Izyan yang rajin sangat. “Mimpi anak raja mana datang meminang?” Ilyasa masih belum habis, mahu menggiat. “Anak raja ke anak sultan ke, kalau datang meminang pun bukan uda boleh kahwin selagi abang belum kahwin kan? Sia-sia saja anak raja tu hantar rombongan.” Perli Izyan. Ilyasa tarik senyum. Nampaknya Izyan masih ingat akan apa yang pernah diperkatakan Opah. Dulu pernah mereka adik-beradik bersembang-sembang soal masa depan kononnya, dan waktu itu opah turut ada bersama-sama. Izyan dan Kay E yang ketika itu sedang bergosip tentang Izham (yang merupakan adiknya, Juga abang kepada Izyan dan Kay E) yang khabarnya sudah mula bercinta. Semuanya gara-gara ternampak wallpaper di skrin telefon Izham yang merupakan gambar seorang gadis. Adik-adiknya masing-masing sudah memasang angan-angan m...

SatuDuaTiga

Image
Foto: Google “ Ji’a teringat lagi kenangan dahulu. Sewaktu Dr. Adib menjalani praktikal di tempat mak bertugas. Hanya kerana ingin bertemu mata dengan si doktor pelatih itu, Angah dengan sukarelanya menjadi pemandu, mengambil dan menghantar mak ke hospital. Tapi, sebaik sahaja doktor itu tamat tempot praktikal, Angah secara automatiknya melepaskan ‘jawatan’ itu kepada Along. “Tapi… macam mana Angah boleh terjumpa dengan Doktor Adib tu semula?” Dia mahu tahu cerita selanjutnya daripada mak. Semakin teruja dia dibuatnya. Lokman di sebelah yang masih kebingungan, tak dipedulikan langsung. “Kata Angah, sewaktu membuat umrah tahun lepas. Cuma baru-baru ni Angah terjumpa semula Doktor Adib di kem perubatan berdekatan kampung saudara kandung Angah tu.” Cerita mak panjang lebar. Takjub! Perancangan Allah Yang Maha Kuasa, tiada siapa yang tahu. Angah pergi membawa luka di hati. Lalu, dengan kuasa Dia, luka di hati itu telah berjaya diubati. Terbuktilah Dr. Adib itu memang seorang ...

1,2,3... Ramadhan Tiba (Tuah & Teja)

Image
Edisi Ramadhan 1435 . Ji'a sarung tudung cepat-cepat. Jam sudah pun menunjukkan 7.15 petang. Lagi beberapa minit saja akan masuk waktu berbuka puasa. Dia sudah terlambat untuk turun ke tempat makan. Tadi selepas pulang dari Hospital Sg. Buloh, tiba saja di bilik dia terus mandi dan bersolat. Habis solat dia berbaring  di atas sejadah. Kononnya sekejap saja nak rebahkan badan. Berehat. Alih-alih dia terlelap. Langsung tak sedar waktu semakin menginjak ke senja. Outstation sewaktu bulan puasa satu perkara yang kurang menyeronokkan. Sepatutnya Kak Mim yang perlu ke sini. Tetapi ketuanya itu pula tidak dapat hadir kerana ada masalah kesihatan. Terpaksalah dia yang menggantikan. Selesai berpakaian lengkap, dia buka pintu dengan terkocoh-kocoh. Berjalan pun terburu-buru. Baru saja butang lif ditekan, telefon bimbitnya berbunyi.  Skrin di swipe ke kanan dengan ibu jari. Ada senyuman yang meniti di bibirnya sebaik terlihat mesej yang diterima melalui aplikasi d...

Kembali menunggu...

Image
Berita dukacita. Nampaknya Piala Thomas masih bukan milik kita. Belum rezeki Malaysia lagi mahu menjulangnya kembali. Namun usaha pemain-pemain yang bersungguh-sungguh pada perlawanan semalam, membuktikan Malaysia masih bertaring. Ya. Malaysia masih belum hilang sengatnya di dalam sukan badminton. Jadi, sila berjaga-jaga. Harimau pasti akan serang kembali. *mengaum* lol Apapun, tahniah untuk pemain-pemain Malaysia. Anda telah berusaha berhabis-habisan. Jangan kecewa. Musim akan datang, jika tersurat pasti giliran kita pula. Insya-Allah :) Dan dukacita ingin dimaklumkan juga bahawa cerita i plus i terpaksa berhenti bersiaran untuk seketika, kerana beberapa masalah 'teknikal' yang tidak dapat di atasi. Masalah ini dijangkakan akan berlanjutan selama 3 minggu. Mohon maaf di atas segala kesulitan yang berlaku. Cerita ini akan kembali bersiaran seperti biasa pada 16 Jun 2014 nanti. Mohon maaf sekali lagi. Segala kesulitan amatlah dikesali. Sekian, terima kasih. ...

#6: i plus i

Image
Beberapa tahun yang lalu... “Kita kahwin!” Permintaan Alea yang tiba-tiba itu buat dia terkejut. Sepi. 1 saat. 2 saat. Tiba-tiba tanpa amaran dia lepaskan gelak. Bukanlah gelak mengejek. Gelak akan permintaan Alea itu yang dia rasa tak berapa nak relevan dengan situasi mereka sekarang ini. Yang baru lepas pusing satu tasik dengan diri masing-masing memakai kasut sukan dan peluh memercik di badan. “Yas!” Tegur Alea, sedikit geram. Melihat wajah si buah hati yang sudah berubah riak, dia simpan ketawa, kunci senyumnya daripada terlepas. “Okey, okey. Sorry .” Ilyasa cuba untuk serius. “Kenapa tiba-tiba cakap pasal kahwin ni?” Pelik. Sepatutnya waktu sekarang, Alea berbincang tentang persiapan gadis itu untuk ke luar negara. Menyambung pelajaran. Sepatutnya Alea teruja bercerita tentang negara matahari terbit. Tentang cuaca 4 musim. Tentang kebimbangan gadis itu untuk menyesuaikan diri di negara orang. Tentang kerinduan yang bakal gadis itu tanggung saat tak bertemu...