Aku mencapai Nokia C7-00 berwarna putih yang berada di atas meja studi. Lantas jemariku menekan papan kekuncinya. Empat angka digit terpapar di skrin telefon menandakan tepat pukul tiga empat puluh lima. Kedua mataku ditenyeh beberapa kali. Sudah pagi. Patutlah terasa begitu mengantuk sekali. Tanpa sedar hari sudah berganti baharu. Aku masih lagi setia di meja studi. Buku-buku nota yang berselerak di atas meja kupandang sepi. Masuk hari ini sudah tiga hari aku berjuang menghadapi peperiksaan. Kini masih berbaki lagi empat hari untuk menamatkan semua penyiksaan ini. Sepanjang minggu peperiksaan ini aku berpuasa daripada tidur di waktu pagi buta. Tepat pukul satu pagi pasti mataku luas terbuka. Buku-buku teks bagaikan menggamit aku unt...
Ketawa bersama Menangis bersama Ku bersumpah harap kita Mati pun bersama 5 November 2012. Sayup-sayup kedengaran bacaan Surah Yasin di cuping telinganya. Bacaan yang tengelam timbul itu menghantar rasa sendu di hatinya. Dia kenal suara itu. Suara wanita yang telah 10 tahun hidup bersamanya. Suara isteri dia, Nurain. Mata yang terpejam rapat itu cuba dibuka, namun dia gagal. Suaranya pula tersekat di kerongkong, bagaikan ada sesuatu yang menghalang. Dia masih mencuba. Mahu memanggil nama Nurain. Tetapi usahanya itu menemui kegagalan. Akhirnya dia hanyut bersama suara Nurain di dalam dunia yang penuh gelita. **** 2 minggu yang lalu…. Dia tenung wajah Nurain yang waktu itu sedang berteleku di tepi tingkap. Isterinya itu kelihatan ralit memerhati ke luar sana. Walhal, tiada apa pun yang menarik di luar sana untuk dipandang. Yang ada cuma gerimis yang turun di kala hari petang. Langkahnya diatur menghampiri Nurain. “Sayang,” suaranya ber...
Cerpen : Papa Jon vs Papa Rizz Menjelang waktu tengah hari Jalan Putra merupakan jalan yang paling sibuk dengan orang ramai. Ini kerana di Jalan Putra itu terdapat banyak lokasi kedai-kedai makan. Disebabkan lokasinya yang agak berdekatan dengan bangunan-bangunan kerajaan, kedai-kedai di situ sentiasa didatangi ramai orang terutama pada waktu makan tengah hari. Kewujudan banyak kedai di situ membolehkan penggunanya membuat pilihan. Di samping menjana pendapatan, pemilik-pemilik kedai juga dapat bersaing secara sihat. Ini dapat dilihat pada usaha yang mereka lakukan dalam memenuhi selera para pelanggan. Antara kedai makan yang paling terkenal di situ ialah Kedai Papa Jon dan Papa Rizz. Kedua-dua kedai itu sentiasa bersaing untuk menarik perh...