Posts

[11] Cerpen : 29 Februari

Image
29 Februari (Kronologi Sebuah Percintaan… )   29 Februari 1984… Hati itu boleh jadi seperti kadbod putih. Tampak keras. Tapi sekali tertusuk, kesannya takkan pernah hilang. – Adilea.             Dia memandang lelaki di hadapannya itu dengan pandangan yang tajam. Kemudian, dia alihkan pula matanya ke arah wanita yang berdiri di sisi lelaki tersebut. Tangan wanita itu tampak erat memaut lengan lelaki tersebut. Ketika itu dia merasakan, jikalau matanya itu umpama sebilah pisau, sudah pasti seluruh jasad lelaki dan wanita yang berdiri di hadapannya itu dicencang selumat-lumatnya.             Air matanya merembes keluar. Tanpa henti sejak dari tadi. Suaranya pun sudah semakin serak. Pipinya pula terasa semakin panas, sekalipun yang mengalir di pipinya ialah airmata.             “Syed Arif!” Dia menye...

[10] Cerpen : Semasam Yogurt Semanis Ais krim

Image
Pinggir tasik Taman Putra itu masih lagi lengang dari lautan manusia. Waktu tengah hari begini, mana ada yang mahu bersantai. Apatah lagi bersenam. Panas terik kot. Walaupun banyak pokok-pokok menghijau, tetapi bahang dari cahaya matahari tetap dirasai. Anginnya pun tidak sesejuk di waktu pagi atau petang.          Cuma Luth saja yang masih duduk bersandar di sebuah kerusi kayu. Duduk sambil termenung. Termenung sebab baharu lepas bertekak dengan buah hatinya.             Luth membuang pandang ke tengah tasik. Dia mengeluh sendiri.             Alangkah bagusnya, jika hubungan cinta dia dan Mia juga setenang itu. Ini tidak, perhubungan yang dibina selama beberapa tahun itu seperti pantai. Kerap dipukul ombak. Selalu ada pasang surutnya.             Dia mengeluh lagi....